| Badan induk belia: Permintaan MBM dipertimbang |
|
|
|
| Thursday, 06 July 2006 | |
|
TAIPING 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mempertimbang permintaan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya pertubuhan itu dinyatakan dengan jelas sebagai badan induk belia dalam Akta Belia Negara 2006. Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perkara itu. ‘‘Saya dan Perdana Menteri merupakan bekas pemimpin belia dan kami faham apa yang dikehendaki oleh MBM. ‘‘Saya sendiri merasakan tidak wajar MBM tidak dinyatakan dengan jelas dalam akta tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Mesyuarat Agung MBM Ke-56 di Bukit Merah Turut hadir Presiden MBM yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan kira-kira 300 perwakilan daripada 40 ahli gabungan MBM. Mohamad Khir semalam memberi kata dua kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya menyatakan dengan jelas bahawa MBM sebagai badan induk pertubuhan belia dalam Akta Belia Negara 2006. Katanya, jika perkara itu tidak dilakukan, MBM tidak mempunyai pilihan lain selain bergerak sebagai sebuah badan gabungan belia yang berasingan. Selain itu MBM juga mempersoalkan mengenai pelantikan ahli-ahli dalam Majlis Perundingan Belia Negara apabila Menteri Belia dan Sukan mempunyai kuasa mutlak membuat pelantikan. Akta Belia Negara 2006 akan dibentangkan di Parlimen bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan belia untuk membantu serta menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan itu dalam pelbagai persatuan. Najib memberitahu, beliau faham benar permintaan MBM itu walaupun perkara itu tidak dibangkitkan oleh kepimpinan badan induk belia itu, tetapi ia memang tidak wajar. ‘‘Apa yang saya hendak katakan, saya faham serta saya dengar dan akan berunding dengan Perdana Menteri memandangkan mesej yang diberikan itu amat jelas. ‘‘Perdana Menteri dan saya faham jiwa belia dan akan memberi pertimbangan sebaik mungkin kepada perkara yang dibangkitkan,” katanya.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mohamad Khir kerana telah memberikan khidmat yang baik semasa memimpin MBM. Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatan Presiden dan menyerahkan kepada kepimpinan baru badan induk belia tersebut.Najib memberitahu, MBM selama ini sentiasa menyokong kerajaan dan tidak melakukan sesuatu yang menyusahkan negara. ‘‘Permuafakatan antara kerajaan dan kepimpinan MBM telah menghasilkan perubahan besar kepada landskap negara khususnya masyarakat. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my