• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow Belia perlu miliki paradigma baru – Najib
Belia perlu miliki paradigma baru – Najib PDF Cetak E-mail
Thursday, 06 July 2006

Oleh ABDUL RAZAK DIN dan HATA WAHARI

TAIPING 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, golongan belia perlu mempersiapkan diri dengan paradigma baru yang mementingkan pemikiran lebih kreatif, inovatif dan konstruktif.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, paradigma baru ini mempunyai kaitan dengan masa depan belia negara kerana ia dapat membantu golongan itu menjayakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional.

‘‘Paradigma baru ini menuntut belia bukan sahaja mempunyai kelulusan tetapi pemikiran lebih kreatif, inovatif, konstruktif kerana ia berupaya menjana perubahan yang lebih besar.

‘‘Bila ada perubahan dan kejayaan besar, orang terpaksa menghormati kita dan perkara ini perlu ada dalam perjuangan belia sekarang serta keinginan mahu mencapai kejayaan lebih hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Ke-56 di Bukit Merah Laketown Resort di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden MBM yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Katanya, paradigma baru ini juga mewajibkan golongan belia belajar semula apabila sesuatu yang dipelajari serta diketahui sebelum ini sudah ketinggalan zaman.

‘‘Kalau kita ingin kekal mempunyai pekerjaan, maka perlu ada kemahiran yang dipertingkatkan pada setiap masa memandangkan zaman sekarang jaminan pekerjaan sepanjang hayat itu hanya boleh diberikan apabila mempunyai kemahiran baru setiap masa,” katanya.

Najib memberitahu, pemikiran lama iaitu hanya hendak bekerja dengan kerajaan juga perlu diubah dengan mempunyai keinginan bekerja dalam sektor swasta dan bekerja sendiri.

Tegasnya, perkara itu yang akan ditekankan oleh kerajaan sekarang dan ia merupakan ciri-ciri utama dalam paradigma baru tersebut.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my