• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Articles arrow Perspektif: Cabaran baru pertahan patriotisme
Perspektif: Cabaran baru pertahan patriotisme PDF Cetak E-mail
Friday, 05 January 2007

TENGAH malam esok kita akan melangkah ke tahun baru 2007. Melangkah ke tahun baru bukanlah perkara luar biasa. Tetapi kali ini, ia bukan tahun biasa. Kali ini, Malaysia genap 50 tahun sebagai bangsa dan negara merdeka. Ia bermakna kita melangkah menuju ke tahap baru – 50 tahun kedua. Kerana itu, kali ini, kita tidak boleh melangkah dengan langkah biasa.

Sebaliknya, kita perlu melangkah dengan jiwa merdeka yang diperkukuhkan. Terdapat beberapa kaedah bagi memperkukuhkan jiwa merdeka. Satu daripadanya ialah dengan penghayatan satu gagasan – satu idealisme – iaitu patriotisme.

Pada 1998, Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Selaras dengan itu, MBM memikirkan haluan perjuangannya untuk tahap 50 tahun keduanya. Tahun yang sama adalah juga detik mencabar.

Pada masa sama dua krisis besar berlaku, iaitu krisis ekonomi akibat spekulasi mata wang dan krisis politik akibat pemecatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam keadaan demikian dan dengan Wawasan 2020 di papan agenda, MBM memutuskan betapa perlunya patriotisme diberikan penekanan semula terutama di kalangan belia.

MBM lantas menyambut tahun baru 1999 dengan mengadakan Pidato Patriotisme pada 1 Januari. Di sinilah gagasannya yang digelar “Patriotisme Alaf Baru” mula dikemukakan. Ia diikuti dengan beberapa program susulan seperti seminar, forum dan ceramah yang bertujuan mematangkan gagasan berkenaan.

Kemuncaknya ialah pada 18 Februari 2001, apabila dengan 17,000 belia di seluruh negara, MBM menganjurkan Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru yang disiarkan secara langsung di RTM 1. Ini disusuli lebih 50 program di setiap negeri dalam pelbagai bentuk seperti perhimpunan, seminar, forum, ceramah, perkhemahan, perbarisan, ekspedisi dan lain-lain.

Dari 24 hingga 26 Oktober 2002, Biro Tatanegara dan Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Kongres Patriotisme Negara apabila gagasan Patriotisme Alaf Baru turut dibentangkan. Tidak berapa lama selepas itu, kerajaan mengumumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimulakan pada 2004.

Kini, sambutan dan program patriotisme amat menggalakkan. Antaranya ialah Bulan Merdeka, kurikulum baru mata pelajaran Sejarah di sekolah, nyanyian lagu dan deklamasi puisi patriotik di televisyen, nyanyian lagu patriotik di sekolah dan program belia serta Perhimpunan Patriotisme sebagai acara tahunan Kementerian Pelajaran sejak 2001.

Namun demikian, persoalannya ialah sejauh manakah semua ini benar-benar berkesan? Kerana itu, kita perlu sentiasa muhasabah, memperbaharui dan meningkatkan pemahaman dan penghayatan yang tepat bagi memperkasa patriotisme.

Makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan.

Bagi generasi yang melalui pengalaman yang berbeza, fokus patriotismenya mungkin juga berbeza, walaupun pada hakikatnya ia tetap berpaksi pada makna yang sama. Bagi generasi zaman penjajahan, fokus patriotismenya ialah memperjuangkan kemerdekaan. Selepas itu, fokus patriotisme ialah mengisi kemerdekaan.

Bagi yang melalui zaman konfrontasi, fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan Malaysia yang baru dibentuk. Bagi yang mengalami 13 Mei, fokusnya ialah meningkatkan perpaduan rakyat manakala pada masa kegawatan ekonomi, fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan ekonomi negara.

Apakah pula fokus patriotisme kita hari ini? Sejauh manakah ia dihayati? Bagaimanakah ia dipupuk? Adakah ia muncul sebagai reaksi kepada masalah yang dihadapi negara? Adakah ia semarak pada tarikh tertentu saja?

Lebih penting lagi, bagaimanakah dan sejauh manakah patriotisme diterjemahkan sebagai asas bagi meningkatkan kecemerlangan? Pada setiap zaman, muncul cabaran baru yang menggugat patriotisme.

Pada hari ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga cabaran baru yang utama, iaitu individualisme, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta globalisasi dan liberalisasi.

Kepantasan kemajuan ICT memungkinkan berlakunya pertembungan antara ‘negara maya’ dengan ‘negara nyata’. Contoh negara maya ialah negara tanpa sempadan dalam internet di mana komuniti dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan, kad pengenalan dan ketua yang sah. Sebaliknya, negara nyata mempunyai kerakyatan, kad pengenalan dan ketua yang sah. Rakyat, terutama belia, perlu memahami makna mempunyai dan mencintai negara nyata.

Globalisasi dan liberalisasi memungkinkan kemerdekaan tergugat oleh penjajahan bentuk baru. Contohnya ialah penjajahan budaya dan ekonomi. Dari satu segi, ia ditandai oleh proses makanan segera yang sudah menyerap ke dalam keluarga di negara ini.

Dari segi lain, ia ditandai oleh kegawatan ekonomi yang menyebabkan ada negara terpaksa tunduk kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Oleh itu, sesuai dengan dunia hari ini, di samping nilai patriotisme yang bersifat lintas-zaman, seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, serta berusaha dan produktif, kita juga memerlukan beberapa set nilai yang baru.

Pertama, ialah prinsip budaya ilmu iaitu ilmu dan ilmuwan diletakkan di tempat yang paling tinggi; setiap individu sentiasa menuntut ilmu dan menyumbang terhadap pengembangan dan kemajuan ilmu dan setiap keputusan dan tindakan adalah berasaskan ilmu.

Kedua, ialah ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu iaitu keinginan merenung – bertanya mengapa sesuatu itu berlaku dan apa yang terdapat di sebalik setiap yang tidak kelihatan di depannya; keinginan meneroka – berani pergi ke tempat yang tidak pernah dijejak manusia; keinginan mempelajari – sedia memperoleh ilmu baru dan keinginan membina – menggunakan ilmu baru untuk mencipta sesuatu yang berbeza.

Ketiga ialah jati diri budaya kebangsaan yang kukuh iaitu jiwa warisan, wajah wawasan dan langkah wiraan. Ia penting bagi menjadikan belia, khususnya, kaya (dari segi kefahaman dan penghayatan), perkasa (dari segi kreativiti dan ketrampilan) dan bangga dengan jati diri budayanya (dari segi literasi dan amalan); sebagai akar kehidupan zaman siber dan global serta sebagai pagar apabila berhadapan dengan pengaruh asing dan negatif.

Bagi tahap 50 tahun kedua kemerdekaan ini, kita perlu mencapai mercu tanda yang lebih ulung daripada tahap 50 tahun pertama. Pada masa sama, kita juga perlu menentukan supaya setiap yang dilakukan atas nama patriotisme itu benar-benar bermakna.

Mengharumkan nama negara, contohnya, biarlah atas perkara yang sarat nilai dan membuahkan hasil yang berganda.

Apalah maknanya jika ada rakyat kita memenangi hadiah ‘paling kuat makan di dunia’. Sebaliknya, tentulah besar sekali maknanya, jika profesor kita memenangi Hadiah Nobel kerana kajiannya mengenai pemakanan yang dilakukan di universiti tempatan yang berkedudukan 10 teratas di kalangan universiti terbaik di dunia sementara persatuan bahas mahasiswanya menyaingi Oxford Union, ketika kita menjadi pengeksport sayur-sayuran organik terbesar di dunia dan tiada lagi petani kita yang miskin.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
[ Kembali ] 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my