• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow 40 pemimpin belia ikuti kursus MBDM
40 pemimpin belia ikuti kursus MBDM PDF Cetak E-mail
Wednesday, 03 January 2007
MUAR: Kira-kira 40 pemimpin mewakili 20 persatuan belia di daerah ini menyertai Bengkel Pengurusan Organisasi Peringkat Daerah Muar 2006 anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Muar serta Majlis Belia Daerah Muar (MBDM).

Kursus selama tiga hari itu diadakan di Dewan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) cawangan Muar di Parit Bunga serta dirasmikan Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Asmori Ashari dan berakhir kelmarin.

Pelbagai acara diadakan termasuk ceramah untuk memantapkan lagi pengurusan serta kepimpinan persatuan disamping mengatur perancangan dan program sepanjang tahun 2007.

Yang Dipertua MBDM, Abu Bakar Mohamad, berkata persatuan belia perlu bergerak cergas melaksanakan aktiviti berfaedah dalam usaha membantu pihak berkuasa membendung gejala sosial yang semakin meningkat sekarang.

Beliau berkata, tidak dinafikan kes jenayah sosial yang sering dilaporkan akhbar sebahagian besarnya dikaitkan dengan golongan remaja.

"Masalah itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya remaja memiliki ilmu pengetahuan yang cukup bagi membolehkan mereka menangkis pengaruh kurang sihat yang boleh menjejaskan imej masyarakat belia.

"Berikutan itu menjadi tanggungjawab semua pihak membantu pihak berkuasa membendung gejala sosial termasuk kes ragut, penyalahgunaan dadah, maksiat dan mat rempit," katanya pada majlis berkenaan.

Abu Bakar berkata, bengkel diadakan bertujuan membimbing generasi muda untuk meningkatkan mutu pengurusan persatuan terutama dalam bidang kewangan, sistem menyimpan data dan mengatur program serta agenda mesyuarat.

Sementara itu, Asmori mengingatkan generasi muda supaya membabitkan diri dalam kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan serta keagamaan dalam kawasan masing-masing.

Beliau berkata, pembabitan mereka dalam kegiatan pada peringkat kampung, mukim dan daerah boleh menambah pengalaman dan pengetahuan sekali gus melengkapkan diri untuk menjadi pemimpin berkualiti pada masa akan datang.


©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my