• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Terkini arrow MBM cadang AUKU dipinda
MBM cadang AUKU dipinda PDF Cetak E-mail
Thursday, 06 July 2006

Oleh Rasheffa Abdul Rashid 
 

BUKIT MERAH: Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta kerajaan membuat pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan siswa menyertai pertubuhan belia di luar kampus.

Presidennya, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata pindaan terhadap AUKU relevan untuk pembangunan diri siswa.

Pindaan untuk membolehkan siswa menyertai pertubuhan belia di luar kampus dan menyediakan mereka sebagai generasi pelapis kepemimpinan negara, tambahnya.

“MBM percaya sekiranya siswa universiti berpeluang membabitkan diri dalam pertubuhan belia di luar kampus, mereka akan mendapat manfaat besar,” katanya pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan ke-56 MBM di sini, semalam.

Perhimpunan yang bermula Jumaat lalu itu akan berakhir hari ini dengan ucapan penutupnya dijadualkan dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mohamad Khir menggariskan tujuh cabaran yang perlu dilalui pemimpin belia untuk membina dan membangunkan belia bagi mencapai objektif belia cemerlang:
 

·  Sebagai modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan;

·  Peka dengan isu sosial dan kemasyarakatan; 

·  Berfikiran positif dan pandang ke hadapan; 

·  Menghayati budaya kecemerlangan dalam sesebuah masyarakat atau organisasi; 

·  Memupuk belia berfikiran kritikal, konstruktif dan kreatif; 

·  Membentuk tata baru dunia yang adil; dan 

·  Membentuk belia yang mempunyai jati diri

Dr Mohamad Khir berkata, belia negara pada masa ini seolah-olah hilang akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri kerana ghairah mengejar gaya hidup global.

“Kita kesal kerana masyarakat kita mula berkiblatkan Barat yang terlalu mengejar keseronokan sehingga institusi perkahwinan dan keluarga menjadi lemah,” katanya.

Sementara itu, MBM sedia menjadi badan gabungan belia yang berasingan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) jika Akta Belia Negara 2006 tidak mengiktirafkan peranan badan induk belia itu.

Dr Mohamad Khir berkata, MBM tidak mempunyai pilihan sekiranya KBS terus berdegil tidak mahu menyatakan dengan jelas peranan MBM sebagai sebuah badan induk belia dalam akta berkenaan.

Beliau berkata, jika MBM tidak disebut dengan jelas dalam akta itu, maka MBM akan menjadi sama seperti ahli gabungannya atau setaraf pertubuhan belia lain sedangkan ia berperanan sebagai sebuah badan induk belia negara sejak 1948.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my