• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
May 22nd
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow Belia : Jadikan Aidilfitri ini hari yang bermakna
Belia : Jadikan Aidilfitri ini hari yang bermakna PDF Cetak E-mail
Thursday, 19 October 2006

Kita bakal menyambut Hari Raya Aildilfitri dalam beberapa hari lagi. Dijangkakan ramaiActive Image warga kota akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Jalan-jalan raya serta lebuh raya akan dipenuhi dengan kenderaan samada kenderaan awam ataupun persendirian. Majlis Belia Malaysia (MBM) menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya para belia agar dapat mematuhi undang-undang jalanraya bagi memastikan keselamatan terjamin. Belia seharusnya menjadi contoh yang baik kepada pengguna jalanraya yang lain dengan mengamalkan pemanduan yang berhemah serta tidak menjadikan jalanraya sebagai medan untuk melepaskan geram darah anak muda dengan berlumba.

Jangan jadikan Ops Sikap XI sebagai kempen keselamatan semata-mata. MBM amat terkejut dan sedih di atas 18 kematian yang dilaporkan semalam dalam kempen ini. Jangan jadikan perayaan ini hari untuk meratapi kematian kita. Sesungguhnya, Aidilfitri ini tidak akan berseri tanpa kehadiran kita bersama ahli keluarga yang tersayang.

MBM juga menyeru agar belia dapat menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak pada hari-hari terakhirnya. Belia seharusnnya mengambil kesempatan hari-hari terkakhir ini dengan bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan. Amalan ini bukan sahaja dapat memudahkan orang ramai untuk menziarah perkuburan, malah dapat memberi kesedaran kepada belia tentang kematian. Banyakkanlah beramal ibadat kerana pada saat-saat ini, Allah S.W.T menjanjikan ganjaran yang besar dengan malam Lailatul Qadar. Serikanlah malam-malam ini dengan ibadat, bukannya dengan membakar mercun. Membakar mercun bukan sahaja salah disisi undang-undang malah boleh mengganggu orang lain yang sedang beribadat. Isilah malam Aidilftri dengan tasbih dan takbir hari raya di masjid atau surau. 

Aidilfitri ini juga bukanlah hari untuk membazir. MBM melihat masyarakat kita lebih cenderung untuk berbelanja besar bagi menyambut Aidilfitri dengan membeli barangan yang tidak perlu. Fikirkanlah tentang keperluan yang akan digunakan selepas Aidilfitri ini. Jangan jadikan diri kita papa kedana selepas raya dan elakkan prinsip “Biar papa asal bergaya” kerana prinsip itu merugikan kita malah boleh meningkatkan inflasi Negara.

MBM juga melihat beberapa amalan pada hari raya perlu diberi perhatian semula oleh para belia kita. Amalan kunjung mengunjung kini semakin terhakis di kalangan generasi muda kita. Amalan ini seharusnya menjadi tradisi generasi muda bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat. Jangan rosakkan imej belia di mata masyarakat yang kini sudah dicalarkan oleh beberapa golongan yang tertentu seperti mat rempit. Pulihkanlah imej kita sebagai belia dan ambil kesempatan di Aidilfitri ini dengan sepenuhnya.

“Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri”

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my