Hari ini 50 tahun yang lalu, Majlis Perundingan Belia Negara telah ditubuhkan

Acara pengisytiharan penubuhannya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebuah percambahan daripada perjalanan perjuangan yang bermula sejak tahun 1948. Pada 23 Julai 1948, Jawatankuasa Khas Sementara Belia telah ditubuhkan. Dua ahlinya, Abdul Razak Hussein dan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mewakili Tanah […]
Mesyuarat Pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN)

PUTRAJAYA 16 April – Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharuddin telah menghadiri Mesyuarat Pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bertempat di Menara KBS. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Dr. Hajah Wasitah Hj Mohd Yusof.
Mesyuarat Sekretariat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN)

KUALA LUMPUR 14 Oktober – Sekretariat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah menagdakan Mesyuarat Sekretariat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Kebangsaan terdiri dari gabungan wakil Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Perbincangan hari ini berfokus kepada gerak kerja mendapatkan usul-usul dari Majlis Belia Negeri, Badan-Badan Gabungan, Exco-Exco MBM dan Ahli Lantikan Menteri. […]
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Pahang

KUANTAN 24 September – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Lim Swee Bok telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Mohd Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Persidangan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Pahang […]