MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ibu bapa bukan lagi figura untuk anak

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee IBU mana yang tidak risau apabila anak gadisnya tiba-tiba hilang apatah lagi kes penculikan kerap dilaporkan media kebelakangan ini. Khuatir keselamatan anaknya, si ibu membuat laporan polis namun anak yang disangka hilang rupa-rupanya lari dari rumah dan tinggal di rumah teman lelaki. Itulah sandiwara seorang gadis di Kuantan, Pahang beberapa […]

Minda: Jirus amarah dengan maaf

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee BERITA kejadian seorang guru yang juga warden sekolah agama mendera murid sehingga koma dan meninggal dunia pada tahun lalu amat mengejutkan. Baru-baru ini, keadilan ditunaikan apabila warden muda berusia 27 tahun itu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 17 tahun. Berdasarkan keterangan di mahkamah, kanak-kanak malang itu diikat dan dicekik […]

Personaliti gerak tingkah laku insan

TEMPOH dua hari lalu adalah saat memeritkan bagi warga kota Kuala Lumpur. Hujan berterusan selama lebih tujuh jam pada 8 Mac menyebabkan terjadinya banjir kilat di beberapa lokasi. Serentak itu sebahagian jalan utama mengalami kesesakan luar biasa selama dua hari. Penulis turut terbabit dalam kesesakan berkenaan sehingga terpaksa membatalkan perancangan untuk pulang ke Pulau Pinang. […]

Minda: Serap semangat generasi lalu

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee ARTIKEL saya bertajuk ‘Ubah mentaliti makan gaji’ yang disiarkan di ruangan Minda Harian Metro minggu lalu mendapat reaksi agak menarik daripada rakan pembaca. Melalui mesej yang dihantar menerusi SMS dan facebook, saya mendapati ramai pembaca bersetuju dengan pandangan saya bahawa golongan belia harus berani membuat transformasi diri untuk menyertai sektor […]

Translate »