MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jangan heret Institusi Diraja demi kancah politik peribadi

Majlis Belia Malaysia (MBM) dukacita dan kecewa dengan kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mempertikaikan keputusan dan kewibawaan dibuat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin al-Mustafa Billah Shah di dalam isu pelantikan Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum ke-15. Kenyataan beliau tidak lain dan […]

Pelarasan gaji legakan belia

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan pelarasan gaji untuk penjawat awam dengan kenaikan sebanyak 15 peratus bagi kumpulan pelaksana dan tujuh peratus untuk kumpulan pengurusan tertinggi. Pelaksanaan yang dilaksanakan mengikut fasa ini pastinya amat dinanti-nantikan berikutan tiada kenaikan gaji bagi 1.6 juta penjawat awam […]

KPM WAJAR BERTINDAK TEGAS TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MELANGGAR GARIS PANDUAN DAN PENERIMAAN SUMBANGAN

Baru-baru ini tular program anjuran sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sepang yang menerima satu sumbangan daripada salah sebuah syarikat minuman keras bagi sebuah konsert amal. Majlis Belia Malaysia (MBM) memandang serius isu ini kerana jelas ia melanggar garis panduan atau Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018 Kementerian Pendidikan yang melarang sebarang sumbangan […]

Kenyataan Media Bersama Majlis Belia Malaysia dan Komite Nasional Pemuda Indonesia

Lebih 200 hari Gaza dibedil: Belia Malaysia dan Pemuda Indonesia sepakat mengecam Israel, desak tindakan tuntas kemanusiaan Sejak 200 hari yang lalu, serangan keganasan yang tidak berkesudahan telah mengakibatkan tragedi kemanusiaan yang tidak terperi di bumi Gaza. Tragedi ini bukan sekadar angka, tetapi nyawa manusia yang tidak bersalah, termasuk kanak-kanak dan wanita yang terkorban dan […]

Translate »