MBM MENGUTUK TINDAKAN BIADAP WONG YAN KE, CADANG IJAZAH DITAHAN DAN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA NAIB CANSELOR
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk tindakan biadap graduan Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke pada majlis istiadat konvokesyen universiti berkenaan baru-baru ini. Pada majlis tersebut, beliau mengangkat plakad bertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM yang mengejutkan banyak pihak. MBM menyifatkan tindakan itu sebagai mencemarkan suatu istiadat dan protokol […]
MBM DESAK PENSYARAH UPM MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA BERHUBUNG KENYATAAN HINA PEKERJA E-HAILING
Majlis Belia Malaysia (MBM) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam sebuah rancangan televisyen baru-baru ini. MBM sebagai badan induk pertubuhan belia Malaysia dan mewakili golongan ini mendesak agar Pensyarah berkenaan, Profesor Madya Dr. Mohd Yusof Saari membuat permohonan maaf secara terbuka kerana secara jelas beliau membuat kenyataan […]
MBM HARAP BELANJAWAN 2020 MENJADI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK AGENDA KEMAKMURAN BERSAMA
Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2020 yang dibentangkan sebentar tadi oleh Menteri Kewangan dengan mengambil kira Agenda Kemakmuran Bersama, Agenda Pembangunan Mampan (SDG), usaha mengatasi jurang antara miskin dan kaya, dan reformasi institusi. Ini merupakan belanjawan yang segar bagi Kerajaan baharu kerana belanjawan tahun lepas masih dibayangi legasi Kerajaan lama. Sebagai badan […]
MBM LAHIRKAN RASA SEDIH DAN SIMPATI DI ATAS PENUTUPAN OPERASI SYARIKAT UTUSAN
Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap penutupan operasi Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Penutupan ini susulan jualan ekuiti Syarikat Utusan membabitkan keluaran terbitannya seperti Utusan Malaysia, Utusan Mingguan dan Kosmo! malah turut menjejaskan kira-kira 800 pekerja syarikat tersebut. Sebagai sebuah syarikat penerbitan tertua negara […]