MAJLIS BELIA MALAYSIA

INSIDEN JALUR GEMILANG: SIASAT DAN TINDAKAN TEGAS AGAR MENJADI PENGAJARAN UNTUK SEMUA. ELAK PROVOKASI MENGHINA NEGARA.

Majlis Belia Malaysia (MBM) memandang serius beberapa perkembangan mutakhir berkaitan isu penghinaan, pengibaran dan penggunaan tidak wajar terhadap Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang. MBM mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh, serta menegaskan bahawa siasatan kali ini mesti dilakukan dengan lebih keras, menyeluruh, dan tanpa kompromi. Lebih mendukacitakan, insiden ini berlaku ketika negara sedang […]

MBM : Kembali ke Meja Rundingan MPBN. Laksana Had Umur Berperingkat. Perkukuhkan Belia

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengambil peluang untuk menjelaskan kemelut cadangan pelaksanaan had umur belia ditetapkan kepada bawah 30 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026. Walaupun ianya sudah dinyatakan dengan jelas oleh Presiden MBM sewaktu ucapan dasar dan penggulungan dalam Sidang Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1 Penggal ke-35 sesi 2025-2026 Julai lalu, namun […]

MBM Sambut Baik Kelulusan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong penuh kelulusan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2025. Pindaan ini melibatkan perubahan penting terhadap Akta Pendidikan 1996 dengan memperluas takrif “pendidikan wajib” agar merangkumi bukan sahaja pendidikan rendah, tetapi turut meliputi pendidikan menengah. Melalui pindaan ini, ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak warganegara […]

Isu Had Umur Belia: MBM Perjelas Pendirian Pasca Jawapan Lisan YB Menteri di Parlimen

Majlis Belia Malaysia (MBM) menekuni penuh Sidang Parlimen bertarikh 22 Julai 2025, khususnya jawapan YB Menteri Belia dan Sukan terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh YB Ahli Parlimen Kuching berkenaan pelaksanaan had umur belia 30 tahun pada 1 Januari 2026. MBM berpandangan bahawa kenyataan YB Menteri yang mendakwa MBM telah melakukan “pusingan-U” dalam pendirian berhubung isu […]

Translate »