MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM : Pergolakan Timur Tengah Perlu Dihentikan

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengecam peningkatan ketenteraan di Asia Barat yang melibatkan tindakan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran serta tindak balas susulan. Perkembangan ini berisiko menggugat keamanan dan keselamatan serantau serta kestabilan ekonomi antarabangsa. MBM menegaskan bahawa semua negara mesti mematuhi undang-undang antarabangsa dan prinsip yang termaktub dalam United Nations serta Piagamnya, termasuk […]

Pasca Mesyuarat Pengurusan Kanan MBM (14 Februari 2026)

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kanan pada 14 Februari 2026 bagi memperkukuh pelaksanaan gerak kerja belia nasional untuk suku pertama tahun 2026. MBM menegaskan komitmen untuk memperkemas agenda organisasi, termasuk memperluas pendekatan turun padang serta memperkukuh keterlibatan akar umbi, khususnya menjelang bulan Ramadan melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan sukarelawan belia. MBM turut […]

Wacana Belia Diraja 2026 : Platform Dekatkan Belia dengan Institusi Beraja

Buat julung kalinya, sebuah platform intelektual yang mendekatkan belia dengan institusi beraja dianjurkan menerusi Wacana Belia Diraja 2026 bertemakan “Titah Diraja, Amanah Belia: Membina Masa Depan Pahang Berdaulat”. Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Negeri Pahang dan Yayasan Al-Sultan Abdullah berlangsung pada 24 Januari 2026 di The Zenith Hotel Kuantan, […]

MBM Sambut Baik Reformasi Institusi, Kesejahteraan Belia Fokus Seterusnya

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI dalam meneruskan agenda reformasi institusi, termasuk usaha memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta penggubalan undang-undang bagi menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri. Langkah ini penting untuk memperkukuh elemen tadbir urus, integriti institusi dan keseimbangan kuasa dalam sistem demokrasi negara. MBM turut menghargai inisiatif kerajaan menangani […]

Translate »