Sesi tayangan draf pertama video dokumentari Jubli Intan MBM

KUALA LUMPUR 6 Jun – Petang tadi, Presiden dan beberapa pimpinan kanan Majlis Belia Malaysia (MBM) berkesempatan menyaksikan sesi tayangan draf pertama video dokumentari Jubli Intan MBM di Wisma MBM. Dokumentari tujuh dekad MBM ini memaparkan pahit getir perjalanan badan induk pertubuhan belia negara ini. Video penuh akan ditayangkan kepada umum sempena Sambutan Ulang Tahun […]
YSS tawar kerjasama jayakan kaderisasi belia bawah 30 tahun

KUALA LUMPUR 6 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima kunjungan delegasi dari Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diketuai Pengarah Eksekutifnya, Dr. Wan Ahmad Hazman. Kehadiran mereka disambut oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid di Wisma MBM. Perbincangan dua hala ini menghasilkan beberapa eksplorasi penting dalam kerjasama antara belia […]
Mesyuarat Bulanan Sekretariat bersama Presiden MBM

KUALA LUMPUR 4 Jun – Telah berlangsung pagi tadi Mesyuarat Bulanan Sekretariat Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Presiden MBM bertempat di Wisma MBM. Mesyuarat dipengerusikan Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid ini membincangkan mengenai program-program kehadapan dan perjalanan semasa Sekretariat MBM. Turut sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Kelantan kali ke-2 2023/2025

KOTA BHARU 1 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hari ini telah berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan bagi menyaksikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Kelantan kali ke-2 2023/2025 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji. Upacara perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ini disempurnakan […]