Hari Kebangsaan kali ke-67: pertahankan keamanan, keharmonian dan kestabilan

PUTRAJAYA 31 Ogos – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Syed Osman Mohamed telah hadir mewakili Presiden MBM ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-67 di Dataran Putrajaya yang disempurnakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Turut hadir YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Menteri-menteri Kabinet; Duta-Duta Asing dan ribuan […]
Mesyuarat Jawatankuasa Induk MPBN Bil 2/2024

PUTRAJAYA 29 Ogos – Sempena Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-34 Sesi 2023-2024, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk MPBN Bil 2/2024 telah diadakan bertempat di Menara KBS. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSNegara. Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa MPBN […]
Pertemuan MBM-Chery Malaysia jayakan program Jelajah Reach Out MBD Cummunity

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini melangkah lebih jauh dalam usaha memperkasa komuniti belia melalui pertemuan bersama Chery Malaysia yang diwakili Puan Celestre Lim, Pengarah Jenama dan Pemasaran di Ibu Pejabat Chery Malaysia Damansara. Pertemuan yang diketuai oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez ini membincangkan kerjasama […]
Perbincangan bersama ROY bincang perancangan dan hala tuju pertubuhan belia

PUTRAJAYA 27 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Encik Hasnata Hasan di Menara KBS semalam. Perbincangan ini antara lain membincangkan berkenaan perancangan dan hala tuju pertubuhan belia khususnya diperingkat badan-badan gabungan MBM selaras dengan tuntutan Akta 668 dan Perlembagaan MBM. Hadir sama Presiden MBM, Sdr. […]