Program Sekolah Sukarelawan MYVOC perkasa sukarelawan belia Terengganu

HULU TERENGGANU 23 Nov – Bencana adalah sesuatu tragedi yang terjadi tanpa mengira waktu dan tempat. Justeru, dalam melaksanakan sesuatu misi bantuan, seseorang sukarelawan perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam berhadapan situasi sebenar ketika berada di lapangan. Atas sebab itu, seramai 40 orang Sukarelawan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) telah menyertai Program Sekolah Sukarelawan Komuniti […]
Bengkel Modul Empowering Youth Movement (EYM)

SEREMBAN 23 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Bengkel Modul Empowering Youth Movement (EYM) bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson di sini. Program ini dirasmikan oleh Datuk Syed Osman, Naib Presiden MBM. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkasa modul kemahiran pemimpin muda pertubuhan belia dalam bidang pembangunan kendiri, kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi […]
Kunjungan hormat MBM kepada Ketua Pengarah JBSN yang baharu

PUTRAJAYA 22 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin bertempat di Menara KBS. Delegasi MBM diketuai Timbalan Presidennya, Sdr. Mohd Fairos Bin Rusli dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun. Terdahulu pimpinan MBM menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan beliau […]
Podcast ‘Mari Bersemuka’ MBM Bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR 19 Nov – Hari ini Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima tetamu istimewa iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim bagi memenuhi sesi rakaman Podcast ‘Mari Bersemuka’ bersama Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Presiden MBM. Antara yang disentuh dalam podcast ini ialah pelaksanaan Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM), […]