KERAJAAN, NGO KOLABORASI KUKUHKAN PERPADUAN

GOMBAK 3 Feb – Kerajaan akan berkolaborasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha melaksanakan aktiviti ke arah meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, berkata perpaduan adalah milik semua dan semua rakyat di negara ini perlu mengambil bahagian dalam mengeratkannya. “Kita lihat pertubuhan-pertubuhan ini banyak […]
PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM PROTES KEPADA KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT

KUALA LUMPUR| 31 Januari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha mewakili seluruh kepimpinan MBM telah menghadiri Perhimpunan dan Penyerahan Memorandum Protes Kepada Kedutaan Amerika Syarikat Pelan Deal of the Century (DOC) di Kedutaan Amerika Syarikat. Beliau bersama 100 orang yang mewakili badan-badan NGO dan parti politik turut memberikan ucapan dalam solidariti membantah […]
PROGRAM SHABAB TALK SERIES

BANGI| 22 Januari -Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), saudara Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Program Syabab Talk Series dan Jelajah Kelab WAMY Malaysia yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Program ini juga telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia, Ustaz Maged […]
PERTEMUAN BERSAMA PEGAWAI PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA KBS

PUTRAJAYA| 23 Januari – Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersama Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia Sdr. Clive Allen Williams Hunt mengadakan pertemuan tersebut. Pertemuan itu diadakan di menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pertemuan membincangkan mengenai Majlis Belia Orang Asli Malaysia yang merupakan pertubuhan baharu dibawah MBM. Majlis […]