MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-AKPK jalin kerjasama didik belia cakna pengurusan kewangan

KUALA LUMPUR 2 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat secara fizikal bersama pengurusan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di Menara Bumiputra Commerce. Mesyuarat bertujuan membincangkan mengenai kolaborasi program pendidikan pengurusan kewangan khususnya golongan belia dalam menangani isu-isu pengurusan kewangan. Di samping itu juga turut dibincangkan pelaksanaan program sempena ‘Global Money Week’ […]

MBM Berdialog Bersama Penasihat Anak Muda Presiden Indonesia

Zoom|27 Februari – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM telah berdialog bersama Billy Mambrasar, Penasihat Anak Muda kepada Presiden Jokowi atau dipanggil Staf Khusus Milenial Presiden Indonesia. Terdapat 7 anak muda Indonesia kesemuanya yang terpilih sejak 20 November 2019 sehingga tamat penggal Pak Jokowi dan fokus bekerja di […]

MBM Terima Kunjungan MYHA

Wisma MBM | 1 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan mesra daripada Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) yang dihadiri oleh Presidennya Sdr. Ismail Mahyuddin dan Sdri. Saridah, Bendahari MYHA. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu semasa dan urusan pentadbiran organisasi.

Dialog MBM Bersama Kepimpinan Baharu PKPIM

Zoom | 24 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi dialog yang disertai oleh Sdr Jufitri Joha, Presiden MBM bersama kepimpinan baharu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diketuai oleh saudara Farhan Rosli. Turut sama Sdr, Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Nazri Abdul Latif, Exco MBM. Pelbagai perkara dibincangkan […]

Translate »