MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan Program e-sport untuk Belia OKU

KUALA LUMPUR 2 Julai – Satu sesi perbincangan program e-sport untuk Belia OKU telah diadakan secara dalam talian di antara Syarikat Techninier Sdn Bhd dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Selangor (MBS). Suatu program khusus e-sport OKU akan dilancarkan melalui kolaborasi bersama kedua-dua pihak. MBM diwakili oleh Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap […]

Wacana sempena Pelancaran Dasar 4IR Negara

KUALA LUMPUR 1 Julai – Telah berlangsung Pelancaran Dasar 4IR Negara menampilkan lima ahli panel termasuk Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM), Sdr. Jufitri Joha yang mengupas topik mengenai ‘4IR: Equitable Wealth Creation Game Changer’. Secara langsung melalui laman Facebook MOSTI dan Unit Perancang Ekonomi. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

perbincangan perkembangan penganjuran Konvensyen Belia Nasional

KUALA LUMPUR 1 Julai – Telah berlangsung perbincangan perkembangan penganjuran Konvensyen Belia Nasional (KOBEN) yang dahulu dikenali sebagai Konvensyen Majlis Belia Daerah bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara. Gerak kerja awal KOBEN telah digerakkan mengikut zon bagi mendapat input pemerkasaan Majlis Belia Daerah (MBD) melalui dialog dan sidang meja bulat untuk membincang hasil dapatan akan […]

Mesyuarat Perkembangan Model Baharu Pembangunan Belia 2021 – 2030

PUTRAJAYA 30 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri secara maya Mesyuarat Perkembangan Model Baharu Pembangunan Belia 2021 – 2030 sebagai pelengkap semasa Dasar Belia Malaysia 2015 – 2035 bagi memandu pemegang taruh dan belia berhadapan dengan cabaran era pandemial. Mesyuarat dipengerusikan Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian […]

Translate »