MAJLIS BELIA MALAYSIA

Webinar Kerjaya bidang pertukangan kayu bersama The Green Carpenter

KUALA LUMPUR 8 Oktober – Siri Webinar Kerjaya kali ini membawakan bidang pertukangan kayu dalam topik Hand On Workshop: Kerja Kayu menampilkan Encik Harith Ridzuan, The Green Carpenter. Program bersiaran langsung dari kedai perabot beliau ini mempamerkan cara-cara pembuatan alas coaster kayu. Encik Harith terlibat dalam kerja-kerja pembuatan, perundingan dan sumber produk kayu lestari untuk […]

MBM Adakan Kunjungan Kepada Akademik Pilihan Raya

Putrajaya | 8 Oktober – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh saudara Mohd Fared Mohd Khaled, Pengerusi JK Undang Undang & Advokasi telah mengadakan perbincangan susulan bersama Akademi Pilihan Raya bagi menjayakan pendidikan literasi politik Undi18. Ini merupakan tindakan lanjutan hasil daripada perbincangan awal bersama YB Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Menteri (Undang-Undang) di Jabatan […]

Simposium Kos Sara Hidup Rakyat solusi menangani kos sara hidup rakyat era endemik

DALAM TALIAN 7 Oktober – Telah berlangsung Simposium Kos Sara Hidup Rakyat anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mencari solusi polisi untuk menangani kos sara hidup rakyat era endemik. Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Presidennya Sdr. Jufitri Joha yang juga merupakan Ahli Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).

Ramah mesra dan cambah minda MBM bersama Pegawai Tugas Khas Pejabat Menteri Belia dan Sukan

PUTRAJAYA 6 Oktober – Sesi ramah mesra dan cambah minda Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor, Pegawai Tugas Tugas Khas (PTTK II) Pejabat Menteri Belia dan Sukan bagi mengatur gerak kerja bersama terhadap pembangunan belia. Turut sama Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Sahsiah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, […]

Translate »