Perbincangan penubuhan Youth Taskforce for International Affairs bersama Menteri Luar Negeri

DALAM TALIAN 8 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Tetap Antarabangsa dan SDG MBM telah mengadakan sesi perbincangan secara dalam talian berkenaan penglibatan anak muda dalam dasar luar dan diplomasi melalui penubuhan Youth Taskforce for International Affairs musim kedua bersama Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah. Taskforce ini memberikan ruang kepada anak […]
Konvensyen Relawan Untuk Malaysia sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa

DALAM TALIAN 5 Dis – Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut setiap 5 Disember setiap tahun, Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah menganjurkan Konvensyen Relawan Untuk Malaysia (KRUM21) secara dalam talian. Konvensyen ini membincangkan 4 isu utama kesukarelaan melibatkan tema aktivis mahasiswa; pekerja belia; wira […]
Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) 2021

PETALING JAYA 4 Dis – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan menghadiri Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) 2021 anjuran Junior Chamber International Malaysia dan dihoskan JCI Kuala Lumpur Mandarin (JCIKLM). Ucapan perasmian disempurnakan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Ini merupakan kali ke-14 penganjuran bagi mengiktiraf pencapaian anak muda Malaysia. 10 […]
Ramah mesra bersama pimpinan Majlis Belia Daerah Pendang

PENDANG 4 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha beramah mesra bersama Sdr. Mohd Noor Azam Ismail, Pengerusi dan pimpinan Majlis Belia Daerah Pendang sambil mengambil kesempatan melakukan ziarah kasih kepada golongan marhaen yang memerlukan. Turut sama Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Sdr. Hamdan Jamel.