Mesyuarat Pengurusan kanan MBM kali pertama dan terakhir untuk sesi 2020 – 2022

DALAM TALIAN 18 Feb – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan kanan Majlis Belia Malaysia (MBM) kali pertama dan terakhir untuk sesi 2020 – 2022 bagi menyelesaikan perkara-perkara tertunggak sebelum diserahkan secara baik kepada pimpinan baharu. Turut dibincangkan persiapan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBM kali ke-71.
Presiden MBM Sertai Mesyuarat Bersama MBOKU

Dalam Talian | 18 Februari – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Penasihat Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) telah menyertai dan memerhati mesyuarat bersama MBOKU dibawah pimpinan saudara Faiz Shuhaimi yang juga merupakan Exco MBM bersama Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta pimpinan Tuan Wong Yoon Loong. Mesyuarat berbincang menegenai kerjasama mengarusperdanakan hak […]
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Undi18 MBM fokus advokasi dan kesedaran terhadap pengundi muda

DALAM TALIAN 17 Feb – Jawatankuasa Khas Perundangan, Advokasi dan Hak Asasi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Undi18 MBM secara dalam talian yang dipengerusikan oleh Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Exco MBM. Mesyuarat bertujuan membentuk jawatankuasa selain gerak kerja agenda pelaksanaan Undi18 meliputi advokasi dan kesedaran terhadap pengundi muda khususnya menjelang […]
Taklimat Peluang Kemahiran dan Kerjaya

DALAM TALIAN 16 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi taklimat mengenai peluang sambung belajar dalam pelbagai bidang kemahiran dan peluang pekerjaan yang ditawarkan untuk golongan belia kepada badan- badan gabungan MBM. Perkongsian taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd khayrul Mat Napis, Pegawai Pusat Pembangunan Pengajian Serantau (M) Sdn Bhd dan Encik […]