MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan Presiden MBM bersama Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Presidennya Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, TYT Irfan Davudov bertempat di Kedutaan Azerbaijan Jalan Ampang. Pertemuan bagi membincangkan mengenai hubungan kerjasama kedua dua negara khususnya pembangunan belia selain sambutan 30 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Azerbaijan.

Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-6 Tahun 2022

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-6 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Dato’ Mohd Shahar Abdullah yang turut menyempurnakan istiadat penyampaian sijil. Seramai 200 orang graduan dari pelbagai kolej dan bidang kemahiran menerima Diploma Kemahiran dan Sijil Kemahiran Malaysia. […]

Kunjungan Center Excellence for Extended Reality Technology ke MBM

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Center Excellence for Extended Reality Technology bertempat di Wisma MBM diketuai Ketua Eksekutifnya Encik Navinderan Mageswaran. Rombongan disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, Datuk Syed Osman, Naib Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff, Setiausaha Agung MBM.

Translate »