Mesyuarat penyelarasan Program Intervensi Pra Pekerjaan Untuk Penerima Faedah Peneraju Skil (Kesinambungan PROKENS)

KUALA LUMPUR 21 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Team Peneraju Skil dari Yayasan Peneraju (YP) telah mengadakan mesyuarat kemaskini dan penyelarasan Program Intervensi Pra Pekerjaan Untuk Penerima Faedah Peneraju Skil (Kesinambungan PROKENS). Delegasi ini diketuai Encik Ahmad Syaffiq Ismail, Pengarah Bersekutu Pengurusan Program & Penyampaian Perkhidmatan dan Encik Reeza Fadzlee Abdul Hamid, Pengarah […]
55 orang ahli badan gabungan MBM dilantik sebagai Pemerhati PRU-15

SELURUH NEGARA 19 Nov – Seramai 55 orang ahli badan gabungan Majlis Belia Malaysia telah dilantik sebagai Pemerhati Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang telah ditugaskan di 33 kawasan Parlimen di seluruh negara. Pemerhati PRU15 ini ditugaskan melaporkan proses dan perjalanan pilihan raya bermula dari Hari Penamaan Calon sehingga Pengisytiharan Keputusan. Inisiatif […]
Jom Cipta Kerjaya Memperkasa Wanita Muda tekan aspek keyakinan diri, pembangunan kerjaya masyarakat Orang Asli

SLIM RIVER 17 Nov – Telah berlangsung Program Jom Cipta Kerjaya Memperkasa Wanita Muda di bawah inisiatif All About Girls bertempat di Kampung Orang Asli Buluh Seruas, Kuala Slim. Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM) ini menekankan aspek keyakinan diri, pembangunan kerjaya dan masyarakat. […]
MBM santuni masyarakat Orang Asli di Kg Sg. Jentong

SLIM 16 Nov – Sempena Jelajah Jom Turun Undi, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyantuni masyarakat Orang Asli di Kg Sg. Jentong, Slim River dalam program Jom Cipta Kerjaya Memperkasa Wanita Muda. Program yang menerima sambutan hangat dari penduduk ini diisi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak dan bengkel kecantikan di bawah kelolaan team All About Girls. […]