MBM-Ethiopia Youth Council Meterai MoU

ADDIS ABABA 20 Nov – Satu lembaran baharu dibuka! Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Ethiopia secara rasminya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini di Addis Ababa, Ethiopia. Perjanjian bersejarah yang berlangsung di Hotel Sherington ini ditandatangani oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, bersama Presiden Majlis Belia Ethiopia, Mr Fuad […]
MBM Perkasakan Ketua Penerangan Belia Zon Utara dalam Komunikasi Digital

ALOR SETAR, 16 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus memperkukuh kapasiti kepimpinan belia apabila berjaya menganjurkan Konvensyen Ketua-Ketua Penerangan MBM Zon Utara, sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan kemahiran komunikasi strategik dan penguasaan teknologi digital dalam kalangan pemimpin muda. Program selama dua hari itu mengetengahkan pelbagai sesi latihan amali yang relevan dengan keperluan […]
Konvensyen Pra-Universiti Generasi Madani 2025 Perkasa Karakter Kelompok Belia Awal

KLANG 11 Nov – Seramai 700 pelajar Pra-Universiti Tingkatan Enam dari seluruh negara telah menyertai Konvensyen Pra-Universiti Generasi Madani Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 9 hingga 11 November 2025 di KSL Esplanade Klang. Program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai usaha […]
MBM Perkukuh Diplomasi Belia dan Kerjasama Inovasi bersama China

BEIJING, China, November 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke China di bawah Program Persahabatan Belia Malaysia–China, bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang diplomasi belia, kebudayaan dan teknologi. Lawatan ini menandakan langkah penting ke arah mempertingkat kerjasama dalam bidang inovasi, pembangunan lestari dan pemerkasaan belia. Sepanjang program pertukaran tersebut, […]