Pertemuan Jawatankuasa Transisi Had Umur MBM bersama KBS

KUALA LUMPUR 20 Feb – Pertemuan Jawatankuasa Transisi Had Umur Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama YB Menteri Belia dan Sukan; YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Pengurusan Kanan Kementerian mengenai Plan Transisi Had Umur di Parlimen semalam telah berjaya menemui titik positif. In sha Allah gerak kerja seterusnya akan menyusul bagi memastikan transisi ini […]
Pertemuan MBM-KKM bincang masalah belia merokok dan vape

KUALA LUMPUR 20 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun bagi membincangkan masalah belia merokok dan vape melalui Kempen Generation End Game bertempat di Wisma MBM. KKM berhasrat mengadakan kerjasama dengan MBM dan badan gabungannya dalam memberi pendedahan tentang keburukan rokok dan […]
MPAT MKBBT kali ke-52

BUTTERWORTH 19 Feb – Syabas dan tahniah buat Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) yang selamat menganjurkan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-52 baru-baru ini. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Tuan Krishnasamy Kolendai, Pegawai Eksekutif Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang yang mewakili YB Ahli Parlimen Jelutong pada 19 Februari 2023 di Dewan Sree […]
Kem Belia Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)

Kuala Lumpur | 18-19 Februari 2023 Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Regional Centre of Expertise – Greater Kuala Lumpur (RCE-GKL) telah menganjurkan Kem Belia Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diadakan di UCSI Universiti. Turut serta memberi latihan dalam kem tersebut Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM merangkap Naib Pengerusi Jawantankuasa Belia Regional Centre of […]