MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan lanjutan Visi MBM 2048

PUTRAJAYA 27 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini meneruskan lanjutan perbincangan bagi pembentangan Visi MBM 2048 yang kini berada di dalam fasa Memorandum Jemaah Menteri. Perbincangan bersama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan ini tertumpu kepada memperkemaskan kertas cadangan Visi MBM 2048 yang bakal diangkat ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri […]

Mesyuarat Ahli Lembaga Amanah YPBA kali ke-103

KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Mesyuarat Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (YPBA) kali ke-103 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Yayasan YPBA. Hadir sama Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, […]

Kunjungan hormat MBM ke Ibu Pejabat AADK

BANGI 25 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dikepalai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) di Bangi Selangor. Kunjungan yang disambut oleh Ketua Pengarah AADK, YBhg Tuan Sutekno Ahmad Belon itu telah menyaksikan beberapa perbincangan dasar kerjasama kedua-dua pihak dalam […]

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta sempena HBN2024

DALAM TALIAN 22 Mac – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja bagi Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 secara dalam talian. Mesyuarat dipengerusikan Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut sama Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Translate »