MAJLIS BELIA MALAYSIA

Beri pulangan berlipat ganda

KUALA LUMPUR 23 Nov. 2013 – Keputusan Kementerian Belia dan Sukan memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya telah berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, itu antara kejayaan utama yang […]

MBM lancar tabung bantu Filipina

KUALA LUMPUR 15 Nov. 2013 – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyeru semua pihak menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan dan barangan menerusi Tabung Kemanusiaan MBM bagi meringankan beban mangsa Taufan Haiyan di Filipina. Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pihaknya menyasarkan mengumpul sebanyak RM50,000 menerusi tabung itu untuk diserahkan kepada pihak berwajib di negara tersebut selewat-lewatnya hujung […]

Jangan dwi standard, bertegas ke atas Tony Pua

KUALA LUMPUR 6 Nov. 2013 – Kerajaan digesa berani mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai ‘anjing UMNO’ bagi membuktikan tidak mengamalkan sikap dwi standard. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, gesaan itu dibuat ekoran tiada tindakan tegas termasuk mendakwa Ahli Parlimen Petaling […]

GLC gagal perkasa Melayu

KUALA LUMPUR 5 Nov.2013 – Pengerusi-pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC) dibidas kerana didakwa ‘gagal’ mencapai matlamat membantu syarikat serta usahawan Melayu dan bumiputera memperkasakan kedudukan ekonomi kaum majoriti itu. Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, sehingga ke hari ini, GLC masih tidak berjaya memainkan peranan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) […]

Translate »