MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM: Nyanyi Negaraku dalam Mandarin persenda simbol negara

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Belia Malaysia (MBM) tidak bersetuju dengan alasan Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin atau Arab bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab lagu kebangsaan itu. Timbalan Ketua Penerangan MBM, Chong Eng berkata video tular yang menunjukkan murid sebuah sekolah menyanyikan Negaraku dalam bahasa Mandarin baru-baru ini menjatuhkan prestij lagu itu […]

Pemimpin belia elak jadi ejen ‘simbah minyak’

KUALA LUMPUR: Pemimpin belia perlu menjadi ejen pendamai kepada parti politik yang bertelagah dan bukan memburukkan lagi keadaan. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata tidak banyak pihak mahu melihat persahabatan dibina antara mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya lebih gemar menjadi ejen ‘penyimbah minyak’. “Dialog dengan memelihara adab perbezaan harus disuburkan bagi menyelesaikan […]

Tamparan hebat rokok seludup dalam usaha mengekang tabiat merokok

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Lambakan rokok seludup yang mencapai sehingga 12 bilion batang setahun membawa tamparan hebat kepada matlamat Kementerian Kesihatan untuk mengekang tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat itu dengan mengenakan duti eksais yang tinggi ke atas rokok pasti tidak berkesan kerana rokok seludup yang datang dengan pelbagai […]

Kerajaan perlu buktikan benar-benar dengar rintihan, masalah orang muda

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar mendengar suara belia dengan berusaha keras menunaikan ‘Iltizam Anak Muda’ seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata selain memperkasakan platform sedia ada seperti Majlis Perundingan Belia Negara dan Parlimen Belia, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak platform rasmi dan […]

Translate »