MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Timor-Leste Iktiraf Ekosistem Antara Terbaik

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima kunjungan seramai 11 orang bakal pemimpin masa hadapan Timor-Leste di bawah program Futuru Liber Ba ASEAN.

Delegasi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini berada di Malaysia selama dua minggu bagi mempelajari amalan terbaik Malaysia dalam aspek pengurusan, pentadbiran negara, dan khususnya ekosistem pembangunan belia. MBM dipilih sebagai salah satu destinasi utama lawatan ini, sekali gus mengangkat MBM sebagai antara model pembangunan belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bukanlah sesuatu yang baharu bagi MBM untuk menjadi rujukan negara luar. Sebelum ini, Uzbekistan turut mengangkat MBM sebagai contoh terbaik dalam pembangunan belia dan berhasrat menandatangani Memorandum Persefahaman bersama MBM serta Parlimen Belia Uzbekistan.

Terima kasih Belia Timor Leste atas kunjungan hormat kepada MBM!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »