KUALA LUMPUR β Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu generasi muda bangkit menjadi tonggak utama dalam usaha membina semula negara.
Menurut Hannah, asas telah diletakkan oleh generasi terdahulu, namun masih banyak kerja perlu digerakkan anak muda hari ini demi memastikan masa depan negara terus terpelihara.
-Advertisement-
βTidak semua perkara boleh diambil jalan pintas atau memberi hasil serta-merta. Sebab itu semangat βYakin Bolehβ amat penting. Ia bermula dengan kepercayaan dan sikap kita,β katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Hannah turut menegaskan kesejahteraan belia Madani hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak bersatu menentang musuh nombor satu negara iaitu dadah.
βApa jua bentuk dadah, ia tetap memusnahkan hidup jika kita terjebak dengan gejala ini,β katanya.
Jelas beliau, Kerajaan Madani komited membantu golongan yang terjebak dengan masalah dadah untuk membina semula kehidupan mereka.
βKita mahu membimbing mereka ke jalan yang benar dan memberikan peluang kedua untuk mereka bangkit semula,β katanya. β KOSMO! ONLINE
Artikel penuh :