MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Presiden MBM ke Kelantan Bersama Pengerusi MBJ Kuala Krai dan Gua Musang

GUA MUSANG 15 Nov – Lawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha ke Negeri Kelantan berakhir dengan pertemuan Bersama Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Sdr. Rezzal Abedeen di Machang. Banyak perkara yang dibincangkan termasuk peranan MBJ dalam menghakupayakan belia dan komuniti setempat. Seusai pertemuan tersebut, Sdr. Jufitri menyempurnakan lawatan dengan makan malam […]

Ziarah Presiden MBM Bersama Pimpinan Majlis Belia Daerah Besut

KUALA BESUT 14 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan usaha menziarahi pemimpin belia akar umbi dan kali ini bersama pimpinan Majlis Belia Daerah Besut pimpinan Ustaz Ahmad Shakir Sofian. Pertemuan berlangsung di Kem Damai Resort Besut, kendalian ahli belia. Sdr. Jufitri Joha sempat berbincang tentang ehwal majlis belia daerah (MBD), pelancongan belia dan […]

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Sembilan kali ke-49/2021

PORT DICKSON 13 Nov – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Sembilan kali ke-49/2021 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa, Pengerusi Risda Semaian. Mesyuarat agung ini berlangsung di Pusat Latihan Risda Port Dickson.

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU 13 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu bertempat di Hotel Permai. Hadir sama YB Exco Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO […]

Translate »