Persidangan Perwakilan Agung Tahunan kali ke-56 HYO

IPOH 4 Jun – Telah berlangsung Persidangan Perwakilan Agung Tahunan kali ke-56 Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO) bertempat di Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar, Ipoh. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi. Tahniah buat Sdr. Ananthan Subramaniam yang dipilih sebagai Presiden HYO bagi penggal kedua dan barisan kepimpinan HYO […]
Dr Shamsul Anuar Nasarah dipilih Presiden Alumni MBM buat kali kedua

IPOH 4 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah memenuhi undangan ke Mesyuarat Agung kali ke-6 Alumni MBM di Hotel Impiana. Alumni MBM merupakan platform kepada bekas pemimpin dan aktivis belia untuk berorganisasi dan menyumbang bakti kepada masyarakat. Tahniah YB Dato Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah atas kepercayaan […]
Parti politik masih kurang kesedaran kongsi maklumat kempen, parti kepada OKU

KUALA LUMPUR: Parti politik dan calon bertanding dalam pilihan raya dilihat masih tidak begitu menekankan kepentingan menyediakan akses maklumat yang menyeluruh kepada pengundi dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Pemangku Pengarah Eksekutif Bersih, Ngeow Chow Ying berkata, situasi itu menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak begitu berminat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana mereka tiada […]
Program Advokasi Penghuni Bersama Masyarakat santuni warga emas

TAIPING 3 Jun – Seramai 20 orang sukarelawan Majlis Belia Daerah (MBD) Larut Matang dan Majlis Belia Negeri Perak bersama 12 penghuni Pusat Koreksional Kamunting telah menjalankan kerja gotong-royong membersihkan Rumah Seri Kenangan Taiping dan menyantuni warga emas di sana dalam Program Advokasi Penghuni Bersama Masyarakat. Program ini sebagai salah satu proses asimilasi bersama masyarakat […]