MBM terima kunjungan hormat dari NIPSSN

KUALA LUMPUR 6 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada National Institute for Policy and Strategic Studies of Nigeria (NIPSSN) yang diketuai oleh Profesor Ayo Omotayo, Director General. Kunjungan disambut oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez dan Exco MBM Sdr. Mohd Ismail Mahyudin bertempat di Wisma MBM. MBM […]
Pembentang video projek untuk program Young, Effective, Smart (YES)

PUTRAJAYA 6 Julai – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Eow Shiang Yen telah hadir sebagai pembentang projek pembangunan dokumentari rakaman video lawatan ke rumah ibadat pelbagai agama di Malaysia di Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Penghasilan video ini adalah untuk Program “Young, Effective, Smart” (YES) Leadership anjuran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), KPN. […]
Mesyuarat Skuad Sukarelawan Pemantau Harga Barang KBS-MBM

PUTRAJAYA 6 Julai – Selaras pengumuman YB Menteri Belia dan Sukan berhubung inisiatif Skuad Sukarelawan pemantau harga barang Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM), satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan dalam membantu memantau dan melaporkan isu kenaikan harga barang kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). MBM telah dihadiri […]
MPBN Negeri Pahang Sidang I Penggal ke-33 sesi 2021-2022

KUANTAN 4 Julai – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Pahang Sidang I Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 telah diadakan di Bangunan UTC Pahang di sini. Persidangan kali ini berjalan lancar dengan empat usul telah dibahaskan oleh perwakilan antaranya mengenai ekonomi belia, program khusus pembangunan belia dan pelantikan ADUN Belia. Persidangan dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Sumber […]