Sesi temuduga program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP)

BATU GAJAH 22 Mac – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa telah mewakili MBM sebagai salah seorang panel penilai untuk sesi temuduga Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah. Sesi penilaian ini diketuai oleh Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa. […]
Majlis Hi-tea bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan IYC

KUALA LUMPUR 22 Mac – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mewakili MBM menghadiri undangan Majlis Hi-Tea bersama Pemegang Taruh dan Pihak Berkepentingan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang berlangsung di Dewan Kampo, IYC Cheras. Majlis ini bertujuan untuk mempromosikan hala tuju pelaksanaan program pembangunan belia, fasiliti dan kemudahan IYC serta […]
‘Program Semarak Ramadhan’ di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assolihin

BANTING 21 Mac – Sempena menyambut kedatangan Ramadan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan ‘Program Semarak Ramadhan’ di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assolihin, Kanchong Darat. Program ini merupakan inisiatif pihak penganjur menyantuni anak-anak yatim khususnya dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Tetamu yang hadir sempat […]
Konvensyen Perpaduan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam 2023

BANGI 21 Mac – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Konvensyen Perpaduan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam 2023 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertempat di Hotel Tenera Bangi. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Konvensyen kali ini membuka medan kepada NGO-NGO Islam […]