MAJLIS BELIA MALAYSIA

KBS Tetap Laksana Had Umur Belia Pada 1 Januari – Hannah

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Ketetapan had umur 30 tahun bagi belia di negara ini yang berkuat kuasa 1 Januari tahun depan tetap dilaksanakan selepas ditunda sebanyak dua kali, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat penjelasan mengenai perkara itu melalui beberapa sesi libat urus […]

KBS tetap laksana had umur belia pada 1 Januari – Hannah

KUALA LUMPUR – Ketetapan had umur 30 tahun bagi belia di negara ini yang berkuat kuasa 1 Januari tahun depan tetap dilaksanakan selepas ditunda sebanyak dua kali, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat penjelasan mengenai perkara itu melalui beberapa sesi libat urus selain memberikan sokongan […]

MBM dilantik anggota Kaukus Antirasuah SPRM

PUTRAJAYA 10 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) secara rasmi dilantik sebagai ahli Kaukus Antirasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 1 Julai 2025. Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif melibatkan penyertaan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) dalam usaha membanteras rasuah di negara ini. Penubuhan kaukus ini adalah selaras dengan Substrategi 3.5 di bawah Strategi […]

MPBN dan transisi kepimpinan belia jadi fokus Sidang Dewan Tertinggi MBM ke-127

KUALA LUMPUR 9 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Sidang Dewan Tertinggi kali ke-127 yang berlangsung dengan penuh semangat di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Sidang ini dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhamad Naim Al Amin Saharudin dan merupakan sidang pertama selepas pemilihan barisan kepimpinan baharu MBM bagi sesi 2024–2026 yang telah […]

Translate »