MAJLIS BELIA MALAYSIA

Festival Perkampungan Belia sempena HBN 2023 Negeri Terengganu

KUALA NERUS 28 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Sambutan Festival Perkampungan Belia sempena Hari Belia Negara 2023 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Festival berkonsepkan perkampungan belia ini berlangsung cukup meriah dengan penglibatan belia-belia dari seluruh daerah di negeri ini […]

Karnival Belia Pahang 2023 berlangsung meriah

KUANTAN 28 Oktober – Karnival Belia Pahang 2023 yang diadakan sempena Hari Belia Negeri Pahang berlangsung cukup meriah dengan kehadiran anak muda dan belia-belia dari seluruh Negeri Pahang. Program berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan ini diisi dengan pelbagai acara dan aktiviti untuk anak-anak muda. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri […]

Perbincangan Penyediaan Pelan Hala Tuju MBM 2050

KUALA LUMPUR 28 Okt – Telah berlangsung sesi perbincangan penyediaan Pelan Perancangan dan Hala Tuju Majlis Belia Malaysia (MBM) 2050 bertempat di Days Hotel & Suites, Jalan Pudu. Perbincangan diketuai Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin. Hadir sama Sdr. Eow Shiang Yen dan Sdr. Ahmad Farhan Rosli Exco MBM dan Sekretariat MBM.

Lautan Putih Tanda Solidariti, Lebih 16,000 Hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Pendirian Malaysia yang lantang, keras dan konsisten dalam mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin terus-menerus disuarakan di pelbagai peringkat, kali ini menerusi gelombang ‘lautan putih’ pada program Himpunan Malaysia Bersama Palestin.  Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini menjadi saksi solidariti lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar […]

Translate »