MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta sempena HBN2024

DALAM TALIAN 22 Mac – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja bagi Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 secara dalam talian. Mesyuarat dipengerusikan Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut sama Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Selesai isu stoking kalimah Allah secara adil, baik – MBM

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) mahukan agar isu penjualan stoking dengan kalimah Allah dapat diselesaikan dengan adil dan baik bagi mengelak ketegangan kaum dan agama yang melampau. Sehubungan itu, Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid berkata, pihak yang didapati bertanggungjawab mencetuskan polemik tersebut harus dibawa ke muka pengadilan dan dihukum. Beliau berkata, tiada kompromi boleh diberikan kepada pihak […]

Beri ruang kepada polis siasat isu stokin – Izzat

KUANTAN – Semua pihak harus memberikan ruang sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas pihak yang bertanggungjawab berhubung isu stokin tertera kalimah Allah. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, siasatan menyeluruh sangat penting bagi mengesan dalang berkaitan isu tersebut, sekali gus membawa mereka yang bertanggungjawab mencetuskan polemik […]

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan HBN 2024 bersama Badan Gabungan MBM

KUALA LUMPUR 21 Mac – Sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan HBN 2024 bersama Badan-badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa. Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa HBN, Sdr. Mohd Fairos Rusli. Mesyuarat bertujuan menyelaras penyertaan badan-badan gabungan MBM dalam pengisian aktiviti HBN2024. […]

Translate »