N. Sembilan Terus Misi Belia Prihatin

Seramai 160 orang sukarelawan Sahabat MBN Negeri Sembilan dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) dan MBN Pahang telah bergerak ke Temerloh, Pahang pada 7 Januari 2015. Kumpulan misi ini akan bergerak ke Lenggong dan Sungai Siput, Perak selepas misi membersih di Pahang selesai. Misi dijangkan tamat pada 9 Januari 2015. Misi kali ini mendapat kerjasama dari […]
MYHA Lancar Kami Prihatin Mangsa Banjir

5 Jan 2015 – Majlis Perlepasan Sukarelawan MYHA Selangor dan Kolej Komuniti Zon Selangor ke Negeri Kelantan Sempena Program Kami Prihatin Mangsa Banjir yang telah disempurnakan oleh Dato’ Amir Bin Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.
1000 Sukarelawan Sertai Misi Pasca Banjir MBN Terengganu

4 Jan 2015 – Seramai 1000 orang sukarelawan telah menyertai Misi Pasca Banjir MBN Terengganu yang telah bermula pada 1 Januari 2015 yang lalu. Mereka membantu membersihkan bangunan sekolah, balai raya, tadika, surau, masjid dan bangunan-bangunan awam di sekitar negeri Terengganu. Â
Skuad Sukarelawan Bell Serah Kelengkapan Persekolahan

Majlis Kelab Bell Belia Tamil telah menggerakkan jentera Sukarelawan Bell seramai 48 orang bagi membantu mangsa-mangsa banjir serta mengedarkan bantuan keperluan harian seperti air mineral, beras, minyak masak, makanan ringan, biskut, maggi, mee, dan peralatan persekolahan sekolah kepada pelajar-pelajar SK Tamil yang kurang berkemampuan. Skuad ini juga membantu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong di Kuala […]