MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Prihatin Bergerak ke Ulu Tembeling

2 Jan 2015 – Sdr Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bersama Sdr Ahmad Daniar Ismail, Exco MBM menyerahkan sumbangan berupa air mineral, beras, megi, minyak dan lain lain barangan makanan kering kepada Cikgu Nadim, Tok Empat Ulu Tembeling untuk diagih kepada 250 buah keluarga berjumlah 1340 orang.  

Sahabat MBM Gerak Operasi Pasca Bencana

1 Jan 2015 – Di talian ketika ini ialah Nizam Sopery, Sukarelawan Sahabat MBM dalam memahami cabaran menggerakkan usaha pembersihan di negeri-negeri terjejas banjir. http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/sukarelawan-gerak-operasi-pasca-bencana-47634?cp Sumber: astro AWANI

MBFM Johor Utara Buka Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Felda Wilayah Johor mengambil inisiatif dengan membuka Bilik Gerakan Pusat Pengumpulan barangan dan makanan untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Program pengumpulan barangan dan makanan untuk tujuan murni itu akan diselaraskan agar orang ramai dapat mengumpulkan setiap barangan di bilik gerakan itu. Antara barangan keperluan yang akan dikumpulkan yang boleh diberikan adalah: […]

Panggilan Sukarelawan Pengakap Sertai Misi Pasca Banjir

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia membuka peluang untuk kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan kerja-kerja pembersihan dikawasan pasca bencana untuk berkumpul di: Lokasi: Masjid Putra, Putrajaya Tarikh: Isnin, 5hb Januari 2015 Jam: 0800 pagi *Untuk yang berkesempatan sila berkumpul di Pusat Latihan Pengakap Malaysia (PULAPEM) di Balakong untuk sesi pra taklimat pada 4hb Januari 2015. *Makanan dan pengangkutan […]

Translate »