MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lagi Sumbangan Dihulurkan Belia Prihatin Johor

2 Jan 2015 – MBN Johor dan Rakan Kembara Malaysia Johor bersama agensi-agensi tempatan serta masyarakat Negeri Johor mengembleng tenaga mengumpul dan menghantar barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Skuad Kembara mula bergerak ke kemaman jam 8.00 malam.

Dato’ KP Jab Belia dan Sukan Negara Membuat Tinjauan di Tumpat

3 Jan 2015 – Sdr. Mohd Faizal Abu Bakar, Exco MBM mengiringi Ybhg. Dato’ Hjh. Hatipah Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jab Belia dan Sukan Negara (JBSN) meninjau kerosakan di SK Laut, Tumpat, Kelantan. Ybhg Dato juga berkesempatan membantu membersihkan kawasan sekolah dan menyerahkan sumbangan kepada pihak sekolah tersebut.

MBN Perak Hantar Bantuan di 6 buah Pusat Pengumpulan Banjir

28 Dis 2014 – Misi Belia Prihatin yang dianjurkan Majlis Belia Negeri Perak telah berjaya menghantar barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di 6 buah Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir. Konvoi dilepaskan oleh YB Dato’ Rusnah Kassim yang mewakili kerajaan negeri pada jam 9.30 pagi disertai oleh Rombongan Ketua Pemuda BN Perak yang diketuai oleh Ketua […]

Redah Hutan Hantar Bantuan

Konvoi misi menghadapi laluan getir ke Ladang Sakor menggunakan laluan alternatif yang merbahaya. Temubual bersama penduduk kampung nyata memberi dimensi berbeza tentang khabar angin pihak berkuasa membiarkan penduduk dengan tidak menghantar sebarang bekalan makanan selama lebih 6 hari. Hal ini telah diperjelaskan oleh penduduk bahawa pihak berkuasa berusaha menyalurkan bekalan makanan menggunakan apa jua cara […]

Translate »