MAJLIS BELIA MALAYSIA

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Luang Masa di Pasir Salak

3 Jan 2015 – Selepas melawat pusat pemindahan di Kg Titi Gajah, Perak, Ybhg Dato’ S. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa bersama mangsa banjir dan memberi sumbangan di pusat pemindahan bencana Pasir Salak, Perak. Beliau juga sempat melakukan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak.  

MBN Kedah jadikan Kg Pasir, Manik Urai Sebagai Kampung Angkat

2 Jan 2014 – Sdr Aizad Roslan, Presiden MBN Kedah bersama-sama 11 orang sukarelawan menaiki 3 kenderaan 4wd telah sampai di Kg Pasir, Manik Urai, Kelantan untuk memberi sumbangan barangan kepada 40 orang keluarga yang terjejas akibat banjir. Kumpulan misi ini telah mengenalpasti keperluan penduduk-penduduk terjejas dan bersetuju untuk menjadikan kg tersebut sebagai kg angkat. […]

50 Sukarelawan Sahabat MBM Bersih SK Kuala Medang

3 Jan 2015 – Pasukan Sukarelawan Pasca Banjir Misi Belia Prihatin MBM-KBS membersihkan  Sekolah Kebangsaan Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang secara gotong royong bersama guru-guru dan penduduk setempat. Seramai 50 orang sukarelawan Sahabat MBM turun padang dalam misi kali ini.

MBM Bersih SK Jeram Landak Hari ke-2

3 Jan 2015 -Dengan rasa tanggungjawab dan semangat kebersamaan, Sukarelawan Sahabat MBM bersama pelajar-pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) masih meneruskan misi pembersihan di SK Jeram Landak yang memasuki hari kedua. Kerjasama yang diberikan oleh pihak bomba dan JPAM sekaligus telah membantu mempercepatkan usaha pembersihan kawasan sekolah itu. Guru Besae SK Jeram Landak […]

Translate »