Lagi Misi Belia Felda Prihatin

4 Jan 2015 – Majlis Pelepasan Serentak Konvoi Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur Di Pejabat Felda Wilayah Alor Setar. Seramai 80 orang Sukarelawan bersama 16 buah kereta 4×4 beserta sebuah lori telah berlepas pagi tadi diketuai oleh En A Rahman Ahmad (RGM WAS). Seluruh Warga Felda Wilayah Alor Setar mendoakan agar konvoi selamat sampai ke destinasi yang dituju. […]
Misi Bantuan MBFM Prihatin

3 Jan 2015 – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Segamat, Johor telah menggerakkan Konvoi Prihatin Segamat-Jengka bagi membantu mengagihkan barangan bantuan kemanusiaan dengan melibatkan 36 sukarelawan, sebuah lori dan sebelas pacuan 4 roda. Konvoi dimulai dengan perlepasan yang disempurnakan oleh Presiden MBFM, Anuar Manap yang seterusnya bertolak pada jam 10 pagi bermula dari Felda […]
Keprihatinan Belia Kelantan Terserlah

3 Jan 2015 – Majlis Belia Negeri Kelantan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terlibat dalam banjir di Taman Remah, tanah Merah, Kelantan. Disamping itu juga, mereka turun padang bagi mengenalpasti jenis bantuan yang diperlukan penduduk kawasan terbabit.
Majlis Belia Kelantan Bersama Meringankan Beban

3 Jan 2015 – Majlis Belia Kelantan (MBK) turut serta turun padang membantu masyarakat setempat walaupun mereka sendiri terkesan secara langsung dengan bencana ini. Yang Dipertua MBK, Sdr Shahbudin bersama YBhg. DatoHjh Hatipah, Ketua Pengarah JBSN menyampaikan sumbangan di Taman Barakah dan Pondok Hidayah di Tanah Merah. Turut serta ialah mantan Pengerusi Tetap MBM Puan […]