MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sahabat MBM jalin kerjasama dengan BTN

Skuad sukarelawan Sahabat MBM seramai 160 orang terdiri daripada ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), alumni Mahasiswa Turun Padang (MANTAP) dan belia setempat telah bergerak ke Lenggong dan Sungai Siput, Perak serta Kuala Krau dan Temerloh, Pahang bermula 7 hingga 9 Januari 2015. Misi kali ini mendapat kerjasama erat daripada Biro tatanegara (BTN), JPAM, Majlis […]

Sukarelawan 4B-MBWP Gembleng Tenaga Bersih Negeri Perak

5 Jan 2015 – 130 orang Sukarelawan 4B Malaysia dan MBWP bersama Kesatria Muda Keselamatan KDN dan Biro Keselamatan Awam PPUM telah melakukan kerja-kerja pembersihan Pasca banjir di Kg Gajah, Kuala Kangsar dan Parit, Perak. Sukarelawan-sukarelawan ini telah mula turun padang semenjak 3 Jan 2014 untuk bergotong royong membersihkan sekolah, surau dan rumah warga emas […]

MBN Kelantan Bersih SMK Salor

4 Jan 2015 – Seramai 40 orang sukarelawan MBN Kelantan bersama guru-guru telah melakukan tugas-tugas pembersihan di SMK Salor. Skuad sukarelawan pasca banjir kini menumpukan kepada khidmat pembersihan di sekolah-sekolah memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

GBBM Bersih Sekolah di Kuala Kangsar

4 Jan 2015 – Pasukan Misi Bantuan Gerakan Belia Bersatu Malaysia bersama-sama YB. Dato’Seri Nazri Tan Sri Aziz telah bersama-sama turun ke kawasan banjir  di Changkat Duku, Kuala Kangsar, Perak untuk gotong royong membersih kawasan serta membersihkan beberapa sekolah di kawasan terbabit.

Translate »