RM 7 Juta untuk MBM, Pergiatkan Program Rakan Muda

Kuala Lumpur | 13 Februari – Kepimpinan baharu MBM, diketuai oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Hannah Yeoh ; Menteri Belia dan Sukan di Parlimen Malaysia. Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu bersama pegawai kanan KBS. Dalam pertemuan hampir dua jam, MBM […]
Kunjungan Hormat MBM kepada YBTM KBS

Putrajaya | 7 Februari – Kepimpinan baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Hadir mengetuai kunjungan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM. Melalui kunjungan ini, ia memberi peluang kepada kepimpinan baharu MBM […]
MBM Adakan Perbincangan Bersama YBM KPM

Putrajaya | 28 Januari – Perbincangan susulan bersama YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek membincangkan beberapa perkara terutamanya menawarkan khidmat sokongan Majlis Belia Malaysia MBM dan kerjasama dalam menyokong agenda memperkasa nilai Karamah Insaniah yang digagaskan YB Menteri. Hadir mengetuai delegasi MBM ialah Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM bersama barisan kepimpinan baharu.
Pertemuan SUA MBM bersama SUA SABERKAS

Sarawak | 28 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Setiausaha Agungnya; Sdr. Ahmad Farhan Rosli telah mengadakan pertemuan bersama YB Haji Safiee Ahmad ; Setiausaha Agung Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dipejabatnya. Pertemuan tersebbut bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan kerjasama strategi antara MBM dan SABERKAS dalam memajukan agenda belia di Sarawak […]