Program Wacana Belia Diraja 2026: Perkukuh Kesedaran Belia Terhadap Kedaulatan Dan Amanah Membina Negara

Kuantan, Pahang | 24 Januari 2026 – Program Wacana Belia Diraja 2026 telah berlangsung dengan jayanya di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang, menghimpunkan warga belia, wakil kerajaan serta tetamu kenamaan dalam usaha memperkukuh kesedaran dan kefahaman golongan belia terhadap peranan Institusi Raja serta tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah […]
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Kali Ketiga Penggal 2024–2026

Kuantan | 23 Januari 2026 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Kali Ketiga bagi penggal 2024–2026 yang berlangsung di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan gerak kerja semasa Ahli Jawatankuasa Kerja MBM serta […]
Pertemuan Strategik CMYA–Malaysia Perkukuh Jalinan Kerjasama Belia Serantau

Kuala Lumpur | 13 Januari 2026 — Cambodia Muslim Youth Alliance (CMYA) telah mengadakan satu pertemuan strategik bersama kepimpinan belia Malaysia bertempat di Wisma Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama belia Islam di peringkat serantau, khususnya antara Malaysia dan Kemboja. Pertemuan tersebut dihadiri oleh kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh […]
MBM dan KBS Gerakan Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL)

Putrajaya | 7 Januari 2026 —YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, […]