MAJLIS BELIA MALAYSIA

SESI LIBAT URUS #MALAYSIAKERJA ZON SELATAN

JOHOR BAHRU 22 Disember – Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja Zon Selatan telah berlangsung di Medini Learning Centre melibatkan penyertaan dari wakil Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta pertubuhan belia sekitar Johor Bahru. Program ini merangkumi pengenalan dan praktis terperinci berkaitan program #MalaysiaKerja serta […]

SAMBUTAN JUBLI PERAK MAJLIS BELIA DAERAH LARUT MATANG

TAIPING 22 Disember – Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sambutan Jubli Perak Majlis Belia Daerah Larut Matang mewakili Presiden MBM. Beliau diberi kesempatan dalam majlis penutup untuk menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah. Pelbagai program diadakan sepanjang sambutan berlangsung antaranya Kayuhan 25 Tahun, Kumpulan Sokongan Belia Prihatin, Sambutan Hari […]

PROGRAM KUMPULAN SOKONGAN BELIA PRIHATIN SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2019

KAMUNTING 22 Disember – Seramai 30 orang peserta telah menyertai Program Kumpulan Sokongan Belia Prihatin sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia 2019. Peserta-peserta telah diberi penerangan berkaitan HIV/AIDS oleh Dr Asraf Ahmad b Qamruddin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan seterusnya melaksanakan aktiviti berkumpulan bagi meningkatkan kesedaran awam tentang HIV/AIDS. Sambutan ini digerakkan oleh Majlis Belia Malaysia […]

MBM gesa semua syarikat lebih sensitif hasil iklan

SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta semua pihak termasuk syarikat-syarikat pengeluar produk agar lebih sensitif dalam menghasilkan kandungan pembuatan iklan. Naib Presidennya, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berkata, pihaknya bagaimanapun memuji tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil tindakan menarik balik papan iklan berunsur lucah tersebut, yang heboh diperkatakan di media arus […]

Translate »