MAJLIS BELIA MALAYSIA

Beri suntikan semangat kerja baru

KUALA LUMPUR 11 Mac 2012 – Pelarasan gaji kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam yang membabitkan peruntukan tambahan melebihi RM6 bilion diharap memberi suntikan semangat kerja baru kepada golongan itu. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Zaidi Aziz berkata, ia sekali gus memulihkan kembali imej sektor kerajaan, khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat […]

Ketulenan kepimpinan PM tonggak BN

KUALA LUMPUR 7 Mac 2012 – Ketulenan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengemudi pucuk pimpinan kerajaan dan parti merupakan tunjang kekuatan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, keterbukaan Perdana Menteri mengakui kesilapan BN sehingga menyebabkan parti itu mengalami kekalahan pada […]

LGBT: Lagi NGO desak kerajaan

KUALA LUMPUR 3 Mac – Malaysia diminta bertegas dengan pendirian menolak pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada persidangan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Isnin ini. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, Malaysia juga perlu menyatakan pandangan bahawa negara ini tidak boleh sehaluan dengan mana-mana […]

Kalobrasi UMP dan MBM Lahirkan Generasi Belia Berpengetahuan

Kuantan, 28 Februari 2012 – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama strategik dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam menambah nilai untuk melahirkan generasi belia berwibawa yang lebih berdaya saing. Majlis menandatangai memorandum persefahaman (MoU) disempurnakan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) , Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Presiden Persatuan Wanita UMP (Matahari) , […]

Translate »