Tanjong Malim 28 Nov – 1Malaysia Youth City (1MYC) – Motorsports Carnival Tanjong Malim telah melabuh tirai dengan penyertaanΒ sebanyak 2,000 orang yang melibatkan golongan belia, pelajar-pelajar sekolah, kolej dan institusi awam, persatuan sukan bermotor serta masyarakat luar dan setempat. Program yang diadakan pada 26 dan 27 November 2016 diΒ Proton City, Tanjong Malim, Perak.
Penganjuran ini mendapat kerjasama daripada jabatan-jabatan kerajaan, persatuan sukan bermotor, pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Program ini antara lain bertujuan mempromosikan Tanjong Malim sebagai βBandar Beliaβ sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 2015.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datoβ Seri Ong Ka Chuan, MenteriΒ Perdagangan Antarabangsa dan Industri II merangkap Ahli Parlimen Tanjong Malim pada 26 November 2016 (Sabtu) jam 3.00 petang. Turut hadirΒ YB Datuk Hatipah binti Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara,Β YB. Datuk AhmadΒ Fuaad Bin Mohd Kenali Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Berhad, Sdr. Zaidi Aziz Timbalan Presiden MBM, Puan Nor Sham Binti Rahman Pegawai Daerah Muallim,
Kanival selama 2 hari ini melibatkan pelbagai aktivitiΒ iaitu :
Program Cabaran Sukan Bermotor
- Kapchai ChallengeΒ
- Drag Racing
- Motorcross ChallengeΒ
Program Pendidikan Sukan Bermotor
- Klinik Pemanduan Advance
- Bengkel Pemanduan Asas 4×4
- Bengkel Penyelenggaraan Motosikal 1B1K-MBM
- Forum Keselamatan
- Open Day Proton
- Seminar Pembanguna Belia Industri Permotoran Malaysia
- Pameran Inovasi Proton
- Treasure Hunt Bermotor
Hub Kreatif dan Inovatif
- Himpunan Kereta Nasional
- Pameran dan Jualan
- Auto Show
- Formasi Kereta
- Aktiviti Sampingan
Sempena programΒ 1Malaysia Youth City (1MYC) – Motorsports Carnival Tanjong Malim ini turut diadakan Perlawanan PersahabatanΒ Sukan Patriotik Belia Malaysia yang merangkumi 2 aktiviti sukan iaitu Bola Sepak dan Badminton dimana turut memeriahkan dengan kehadiran Ybhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS), Sdr. Zaidi Aziz Timbalan Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM dan barisan pimpinan Exco-Exco MBM…














































































































































































































